Kerajaan Sukhothai dan bezanya dengan Kerajaan Chakri

Jumat, 03 Mei 2013 20.08 by Gilang Bayou
Kerajaan Sukhothai dan bezanya dengan Kerajaan Chakri (Artikel di bawah ini merupakan tulisan seorang pengunjung blog ini. Sebarang bantahan atau teguran berkaitan artikel ini hendaklah diajukan terus kpd penulis asal artikel ini.) Selamat sejahtera kepada para sahabat sekelian yang beragama Islam dan beragama Buddha, saya berharap agar saudara-saudari yang beragama Islam dan Buddha janganlah bermusuhan hanya kerana salah faham, kita semua adalah anak negeri Kedah tidak kira apa agama anutan kita. Saya ada membaca Sejarah Nagara Kedah yang ditulis oleh seorang pengkaji sejarah yang tak tahulah belajar sejarah secara mendalam atau tidak. Kita bukanlah menolak semua yang dipaparkan mereka sebagai salah, malahan kita sangat menghargai usaha saudara-saudara kita dalam pencarian sejarah negeri kita yang tercinta, namun kita dapati banyak fakta yang ada dalamnya bercampur aduk dan ada setengahnya yang tidak masuk akal seakan-akan dongeng sahaja. Marilah kita mulakan dengan permulaan Kerajaan Sukhothai, kerajaan Sukhothai memang sebuah kerajaan yang didirikan oleh orang-orang dari etnik Thai atau disebut Mieo dalam bahasa Siam, semua orang termasuk etnik Thai sendiri tahu nenek moyang mereka berasal dari China Selatan. Kerajaan Sukhothai mula didirikan pada tahun 1238 dan masih wujud lagi pada abad ke-14 masihi. Sebenarnya orang Thai sudah berada sejak kurun ke-7 Masihi lagi di utara Tanah Besar Asia Tenggara. Ada beberapa kerajaan yang didirikan oleh orang-orang yang berbahasa Thai iaitu di Laos iaitu kerajaan Lan Chang (medan gajah bukan cekap berjalan ka bergerak, takat amik ujung ja kawan aku cakap Melayu pon reti) yang dibangunkan oleh Tiao Fa Ngum di Luang Prabang atau Muang Sua pada zaman dahulu, Phayao, Chiang Sen, dan Lanna Thai atau Kerajaan Ribuan Sawah di utara Thailand. Sekarang ini kita selalu dengar tentang orang Thai Shan di Chiangmai, Lanna Thai letaknya di kawasan itu lah. Sukhothai sebenarnya merupakan sebahagian daripada kerajaan naungan yang diperintah oleh kerajaan Khmer Chenla sehinggalah dua orang panglima bernama Po Khun Pha Muang dan Pho Khun Bang Glang Hao mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1238. Mereka mendirikan sebuah kerajaan yang ditadbir orang Thai dikenali sebagai Sukhothai dengan Po Khun Bang Glang Hao menjadi rajanya yang pertama. Po Khun Bang Glang Hao menggunakan gelaran Po Khun Sri Intrathit. Sukhothai memperluas empayarnya dengan membentuk pakatan-pakatan ketenteraan dengan kerajaan-kerajaan Thai yang lain. Sukhothai juga menjadikan agama Buddha Theravada sebagai agama rasmi kerajaan dengan bantuan sami-sami Sinhala. Ada juga kisah mengenai agama Buddha Theravada diperkenalkan kepada orang Thai oleh Puteri Jamadevi dari kerajaan Haripunchai di tengah Thailand hari ini. Kerajaan Haripunchai merupakan kerajaan kecil yang didirikan oleh orang-orang Mon. Po Khun Intrathit digantikan oleh anaknya Po Khun Ban Muang. Selepas itu Po Khun Ban Muang pula digantikan oleh adiknya Pho Khun Ramkhamhaeng pada tahun 1278. Sukhothai mencapai kegemilangan dalam pemerintahan Po Khun Ramkhamhaeng. Po Khun Ramkhamhaeng juga yang bertanggungjawab mencipta tulisan yang digunakan oleh orang Thai hari ini berdasarkan aksara orang Khmer boran (purba), anda masih boleh lihat tulisan Khmer purba di kuil-kuil Buddha di Thailand hari ini, aksara-aksara Sakyan tersebut tidak boleh dibaca atau difahami oleh orang awam sebaliknya diketahui oleh sami-sami yang belajar kitab suci. Tradisi mencacah badan dengan lukisan-lukisan suci dan tulisan-tulisan suci itu sebenarnya budaya orang Khmer. Siam mula digunakan sebagai nama empayar bermula dengan pemerintahan kerajaan Sukhothai, kerajaan Ayuttaya hanya menggunakan nama empayar Siam selepas mengambil alih kuasa pada kurun ke-13 M. Empayar Siam semasa zaman Sukhothai menganjur dari Mortaban di Burma sehingga ke Luang Prabang di Laos serta ke Semenanjung Tanah Melayu iaitu sehingga Nakhorn Si Thammarat di selatan. Macam hari ini juga lah, tiap-tiap kawasan dalam sesuatu empayar atau negara itu mesti ada kawasan pentadbirannya yang tersendiri dengan satu kerajaan pusat. Siam memang berasal dari nama kawasan yang didiami oleh nenek moyang orang Thai di China iaitu Xian atau Sai-Am dalam dialek China Sichuan pada zaman kuno. Orang Siam dipanggil sebagai Mieo dan suku kaum ini memang masih wujud lagi di China hari ini seperti di Yunnan dan ada setengahnya sudah berasimilasi dengan orang Cina atau etnik Han zaman moden ini. Selepas Po Khun Ramkhamhaeng mangkat, dia digantikan oleh anaknya Loithai. Semasa pemerintahan Loithai inilah, kerajaan-kerajaan kecil seperti Uttaradit di utara, kerajaan Lao di Luang Prabang, dan Wiengchan atau Vientiane membebaskan diri daripada naungan kerajaan Sukhothai. Banyak lagi kerajaan-kerajaan yang bernaung di bawah Sukhothai mula membebaskan diri daripada naungannya tapi tak perlu lah kita sebutkan semuanya. Kuasa kerajaan pusat mula merosot sehingga kembali kepada yang asal sahaja. Dalam masa yang sama, Ayuttaya di bawah pimpinan Thammaratcha ll mula mengumpulkan kekuatan dan akhirnya menggantikan Sukhothai sebagai pemerintah pusat pada tahun 1319. Anda bolehlah lawati Thailand sambil melihat Sila Charuk atau inskripsi yang mencatatkan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Sukhothai seperti Sila Charuk Po Khun Ramkhamhaeng dan Sila Charuk Wat Srichum (menceritakan perihal sejarah Sukhothai dan Sri Lanka) serta Sila Charuk Wat Pammuang (Rekod-rekod amalan keagamaan dan politik Raja Loithai). Sukhothai masih wujud lagi dalam abad ke-13 M dan menjadi kerajaan di bawah naungan Sri Ayuttaya sekitar tahun 1365 M sehingga 1378 M. Pada tahun 1421, kerajaan Ayuttaya melantik Thammaratcha ke – IV menjadi raja Sukhothai . Sekitar tahun 1430 M, ibu kota Sukhothai dipindahkan ke Phitsanulok dan selepas kemangkatan Thammaratcha ke – IV, Sukhothai hanya menjadi sebuah daerah dalam Ayutthaya. Sukhothai bukanlah dinasti yang sama dengan dinasti Chakri, harap saudara-saudari jangan terkeliru. Dinasti Chakri didirikan oleh Phya Thaksin pada kurun ke-16 M, sedangkan Dinasti Sukhothai didirikan pada kurun ke – 12 M seperti yang kita catatkan sebelum ini. Saya cadangkan saudara-saudari sekalian menonton filem bertajuk Suriyothai, dalamnya ada diceritakan sejarah serangan Burma di Siam dengan fokus kepada wirawatinya Suriyothai. Hubungan orang Khmer dengan Siam Pada kurun ke – 11 sehingga kurun ke – 12 ke timur Thailand zaman moden, ibu kota bagi kerajaan orang Khmer adalah Angkor dan kerajaan mereka di Kemboja dikenali sebagai kerajaan Angkor turut meliputi sebahagian Thailand di timurnya. Pemerintah-pemerintah Khmer memerintah masyarakat yang sudah maju dari segi strukturnya serta mempunyai kawasan pemerintahan yang luas atau banyak negeri naungan dalam kerajaan mereka.dan budaya orang Khmer sudah merebak ke serata kawasan yang bernaung di bawah mereka. Orang Khmer berjaya menguasai jalan-jalan perdagangan di kawasan Thailand dan Indochina. Kawasan yang dinaungi kerajaan Khmer sejauh Thailand hari ini, meliputi kawasan timur laut sehingga ke tengah Thailand atau Bangkok zaman sekarang ini selain menjangkau kawasan di barat seperti daerah Kanchanaburi. Raja-raja Ayuttaya mengamalkan adat-istiadat orang Khmer termasuklah dari segi bahasa Istana, pakaian, serta adat-adat pertabalan. Tidak seperti kerajaan orang Thai sebelum itu iaitu kerajaan Sukhothai yang mengamalkan konsep raja sebagai bapa kepada rakyat, kerajaan Ayuttaya mengamalkan konsep Dewaraja atau menyembah kepada Raja, maksudnya peribadi Raja itu suci, ini pun warisan daripada orang Khmer. Pada kurun ke- 16 M, Ayuttaya sudah mencapai kegemilangan dengan menjadi satu empayar yang terkaya dan terbesar di Asia Tenggara, setara dengan London lah kalau ikut pengaruhnya. Sejak awal kurun ke – 16 M lagi, Portugis sudah membina hubungan dagang dan membekalkan senjata api kepada Ayuttaya yang juga terpaksa menghadapi saingan daripada kerajaan Thai lain yang menjadi saingannya di Chiangmai. Thailand dikenali di Barat dengan nama Siam sehingga tahun 1939. Sayam iaitu sebutan yang betul bagi Siam berasal dari dialek bahasa Cina di Sichuan. Kerajaan-kerajaan dalam Kemboja Ada lima zaman yang boleh kita bahagikan dalam sejarah negara Kemboja, kerana negara ini turut terlibat dalam empayar Siam. Dari abad pertama Masihi, kerajaan Funan atau Phnom yang mempunyai sistem pemerintahan dan kehidupan yang berasaskan kebudayaan dari India. Pemujaan raja sebagai Dewaraja mengikut mazhab orang Brahmin kerana orang Brahmin turut serta dalam pentadbiran dalam Istana Kemboja. Aksara India juga turut diterima menjadi tulisan bagi bahasa orang Kemboja atau Khmer. Antara abad ke – 6 dan abad ke – 7 M, sebuah lagi kerajaan Khmer yang dikenali sebagai Chenla menakluki negara jirannya iaitu Funan atau Phnom. Kerajaan Chenla masih mengekalkan ciri-ciri pentadbiran dan budaya yang sama dengan kerajaan yang ditaklukinya dalam sistem pemerintahan di Istana. Selain itu, kerajaan Chenla turut menawan kerajaan-kerajaan sekelilingnya yang kini berada dalam kawasan Laos, Vietnam, dan Thailand. Chenla kemudian digantikan oleh kerajaan Angkor yang menandakan zaman klasik di Kemboja bermula kurun ke – 9 M. Kerajaan ini kekal sehinggalah pertengahan kurun ke – 15 M. Semasa zaman ini, orang Kemboja sudah mencapai kemajuan dari segi seni bina dan pencapaian mereka dalam bidang ketenteraan. Kerajaan Angkor kehilangan negeri-negeri naungannya secara beransur-ansur apabila orang Vietnam dari utara menyerang dan apabila kerajaan-kerajaan kecil orang Thai memberontak dan membebaskan diri dari naungannya. Protektorat Perancis mula masuk ke Kemboja dan membuat perjanjian pada tahun 1863. Mereka memasukkan Kemboja ke dalam wilayah naungannya atau dijajah secara tak langsung. Kemboja menyertai Kesatuan Negara-negara Indochina pada tahun 1887. Indochina jatuh ke tangan Jepun semasa perang dunia ke – ll, tetapi Perancis menuntut Kemboja kembali pada tahun 1945 sebagai sebahagian daripada kesatuan negara-negara yang dinaungi Perancis. Raja Norodho Sihanouk yang ditabalkan dengan restu Perancis pada tahun 1941 telah ditekan oleh parti nasionalis untuk menuntuk kemerdekaan yang diberikan kepada Kemboja pada tahun 1953. Apa yang generasi muda Thailand dan Malaysia tidak ketahui? Generasi muda Thailand hari sama lah macam generasi muda Malaysia yang hanya tahu nak berseronok, bersenang-lenang, dan tahu nak glamor sahaja. Perkara tentang sejarah mereka tak tahu sangat, macam yang di Malaysia ni mereka guna sejarah yang bercampur aduk untuk tuntut harta pusaka. Itu hak mereka lah kita tiada kena mengena, tapi yang sakitnya apabila Kedah dikatakan sebagai tempat bermulanya kerajaan Ayuttaya. Dalam buku sejarah termasuklah kalau kita mengkaji kitab-kitab hikayat seperti Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Terung Pipit dan Tarikh Salasilah Negeri Kedah pun, Kedah bukanlah negeri orang Thai walaupun semasa zaman Ayuttaya ia pernah menjadi negeri naungan Ayuttaya, sebab kita dan orang sebelah Thailand sana pun tahu yang etnik Thai berasal dari utara. Marahlah orang Kedah atau orang Islam dari Kedah kerana negeri Kedah yang bertamadun lama sejak mencapai kegemilangannya pada kurun ke – 5 M dikatakan baru memulakan kerajaan bertamadun pada abad ke -13 M. Kerajaan Kedah pada kurun ke – 5 M diperintah oleh raja Bhagadatta atau Misi Sripura, ada juga disebut dalam rekod China dan Arab. Namanya bukan nama Islam pun, kita pun tak tahu nak tafsir nama ini mengikut bahasa Siam juga, mungkin bahasa Siam Kedah boleh menafsirkannya wallahua’alam. Berbalik kepada pembelajaran sejarah di Thailand sebab orang Melayu tak tahu baca aksara Thai dan tak cakap Siam macam puak-puak Raja Kapur, mereka terutamanya golongan berpendidikan sering membezakan etnik Khmer dan etnik Khom sebagai etnik yang tidak berkaitan. Mereka terkeliru apabila mengatakan orang Khom yang membina Angkor Wat dan Angkor Thom, orang Khom juga dikatakan membangunkan empayar yang tidak kurang besarnya juga. Oleh itu, mereka terkeliru apabila mengatakan bahawa budaya Khmer berasal dari Thailand. Sekarang baru kita masuk topiknya betul-betul takut anda semua tercampur-aduk. Perkataan Khom berasal dari perbendaharaan Thai lama iaitu “Khmer Krom” yang bermaksud orang “Khmer Tanah Datar”. Dalam bahasa percakapan yang ringkas, perkataan Khmer digugurkan sehingga yang tinggal hanyalah perkataan “Krom” yang bermaksud “Tanah Datar”. Perkataan ini lama-lama disebut sebagai “Klom” atau “Kelom” dan akhirnya menjadi “Khom” sahaja. Bagi orang Kemboja pula bukan kita tafsir sendiri, mereka kata Khom bermaksud sabar berasal dari akronim dua perkataan atau aksara Khmer iaitu Khmer [kho] + Mon [mo] = Khom. Dua etnik ini tergolong dalam golongan orang Darat pada zaman moden sebab kerajaan mereka jauh dari laut atau mereka tak berapa suka duduk dekat laut. Ciri-ciri kebudayaan dalam budaya orang Thai yang dianggap sebagai berasal dari India seperti seni bina kuil atau wat, corak-corak seni, serta perkataan-perkataan bombastik yang ada dalam perkamusan Siam tu bukan masuk terus dari India. Ciri-ciri tersebut melalui pelbagai pihak sebelum diterima oleh orang Thai. Mula-mula budaya dan agama dibawa dan disebar oleh orang Sinhala (mungkin juga Tamil), selepas itu diterima dan diubahsuai sedikit oleh orang Mon atau orang Khmer. Menurut M. R. Kukrit Pramoj, seorang cendekiawan dan bekas Perdana Menteri Thailand, konsep Dewaraja dan beberapa kosa kata yang khas berkaitan dengan bahasa Diraja di Thailand sebenarnya diterima daripada Kemboja. Budaya Thai di Thailand berasal daripada budaya Khmer purba, Kemboja juga turut terlibat dalam memperkenalkan seni mempertahankan diri tempatan. Muay Thai dikatakan mempunyai pergerakan yang sama atau hampir sama dengan Pradan Serey di Kemboja. Muay Thai di Thailand asalnya boleh dikesan melalui Muay Boran (tinju purba). Ia merupakan sejenis cara berperang yang digunakan oleh tentera Siam di samping Krabi Krabong, negara berjiran seperti Laos pun ada memberi pengaruh kepada seni mempertahankan diri ini. Ayuttaya pernah diserang Burma dua kali. Raja Ayuttaya pernah minta perlindungan dua kali di bandar Odong dan merayu raja-raja Khmer membantu dalam usaha membebaskan Ayuttaya. Begitulah caranya tentera Siam atau Thai menerima Muay Thai atau Khmer Muay Boran. Di Kemboja pun tiada wat yang mempunyai tulisan suci dalam huruf Thai, tapi di Thailand ada tinggalan kerajaan Angkor (purba) yang berselerak di seluruh Thailand. Anda boleh lihat pula budaya mencacah tubuh orang Thailand dengan tulisan suci dengan aksara Sakyan, aksara Sakyan tu sebenarnya aksara purba Khmer. Tanya lah kat tuk sami yang ada di Thailand, depa pun tahu cerita, cuma kerajaan masa zaman Rathanayom tak bagi tuk-tuk sami buka mulut saja, nanti kena hukum bunuh atau kena penjara. Puak-puak Istana la ni pun tak ramai dah tahu cerita, depa pun sama lah macam tuk sami, takut kena penjara. Berabad-abad lamanya orang Tai (Thai) turun ke selatan melalui daerah Yunnan tempat asal mereka di China selatan dan menetap di utara Thailand sehingga sekarang. Mereka terpaksa keluar kerana perluasan kuasa Kubilai Khan iaitu Maharaja dinasti Yuan (Monggol) di China. Orang Thai memanggil kawasan tanah yang subur sebagai “Semenanjung Keemasan” dan membangunkan kerajaan-kerajaan kecil serta berusaha membebaskan kerajaan mereka seperti kerajaan Sukhothai daripada naungan dan pengaruh Kemboja. Daripada latarbelakang yang telah disebutkan, munculnya kerajaan Ayuttaya. Putera Uthong merupakan anak kepada Raja kerajaan Chiang Saen, kerajaan ini dibangunkan orang Thai pada kurun ke – 13 M, bukan orang Melayu atau Cina. Putera Uthong dimahkotakan sebagai Ramathibodi l pada tahun 1350 selepas merampas kuasa daripada kerajaan Sukhothai. Dia meluaskan kerajaannya dan empayar Siam dengan mengambil kawasan Sukhothai dan sesetengah kawasan yang sekarang ini sepatutnya kawasan Kemboja termasuk Chainat dan Lopburi. Ibu kota Ayuttaya terletak 400 batu dari kerajaan Sukhothai. Orang Siam tahu budaya Siam dan sejarah dia, orang Siam pun tahu pasai budaya Khmer- Khom pasai depa dapat daripada puak ni lah pengaruh budaya dan bahasa. Kerajaan Funan di Kemboja boleh dikesan dari kurun ke -100 M sehingga kurun ke – 1400 M. Thailand dan Siam memang bermula sejak kurun ke – 1200 pun, apa yang sejarah kena padam? Kita pun tak paham sebab Istana Thai memang ambil model Khmer termasuklah perbendaharaan kata dalam bahasa Diraja Siam memang bahasa Khmer Boran. Pemerintah zaman dulu-dulu memang minat dengan benda-benda Khom-Khmer ni. Misalnya, Khun Pa Muang yang bertanggungjawab dalam bantu membangunkan Sukhothai serta memerintah Muang Rad la ni kat utara Thailand diberi gelaran Sri Intirabodintirathit sebelum dipendekkan jadi Si Intrathit saja. Gelaran ni depa amik daripada nama dewa penjaga atau Pi Fa bandar atau Muang Sri Sothonpura. Lambang kerajaan Khun Pa Muang pulak diberi nama Pra Khan Jayasri atau pedang Jayasri. Permaisurinya pula bergelar Sikara Maha Tewi. Semua lambang kerajaan ni kurniaan Raja Angkor. Kita pun boleh tengok lagi Sila Charuk atau inskripsi sebagai bukti di Wat Srichum di Sukhothai, batu ni memang tak boleh dipersoalkan lagi keasliannya sebab ia masih baru lagi sekitar abad ke -14 M, jadi mudah nak jalankan kajian berbanding benda yang dah berkurun-kurun. Istilah Thai, Pi Fa digunakan untuk merujuk raja dan istilah Sri Sothonpura secara langsung merujuk raja Khom-Khmer serta bandar dirajanya. Raja Khom-Khmer tu berkemungkinan Raja Jayawarman V111 (1243 M – 1295 M) dengan bandar dirajanya Sri Sothonpura yang melalui kajian arkeologi tak dinafikan lagi sebagai Angkor Thom. Maha Tewi permaisuri Khun Pa Muang pula ialah anak Jayawarman V111, jadi Khun Pa Muang ni menantu la jugak kepada Jayawarman, Raja Angkor. Sejarah kerajaan orang Lao Lan Chang di Luang Prabang pun berkongsi perkara yang sama. Fa Ngum yang merupakan raja pertama kerajaan Lao pernah meminta perlindungan di Angkor. Di sana dia diberikan tangkal Buddha Phrahk Bang dan berkahwin dengan Mahesi, seorang anggota keluarga diraja Angkor sebelum memerintah kerajaan Lao pada tahun 1353 M. Kerajaan Ayuttaya pun sama, masih mengamalkan kebudayaan Khmer dari pertengahan abad ke – 14 M sehingga kejatuhannya. Yang menariknya kesenian dan kebudayaan Khmer dalam Istana diraja Thai menyebabkan berlakunya peperangan dan yang menang dalam peperangan mengambil kebudayaan tamadun yang kalah sebagai kebudayaan mereka, sehingga wujud pula dakwaan yang lebih pelik lagi apabila puak-puak di Kedah ini hendak merebut harta pusaka mengatakan Siam mencuri budaya Melayu dengan fakta yang tunggang terbalik dan bercampur-aduk dengan benda yang tak berkaitan, ni apa ke jadahnya? Buat apa pi campoq Kedah Tua dengan dinasti Ayuttaya? Tamadun Khom-Khmer akhirnya tenggelam, seperti Sri Sothonpura (Angkor Thom atau Sri Yasodhapura), ibu negara kerajaan tersebut jatuh tiga kali ke tangan tentera yang menawannya. Mula-mula ditawan Raja U-Thong pada tahun 1369 M, kali kedua ditawan oleh Raja Ramesuan pada tahun 1388/9 M dan akhirnya jatuh kepada Raja Sam Phraya pada tahun 1431. Jatuhnya Sri Sothonpura bolehlah disamakan dengan kejatuhan Ayuttaya pada tahun 1767 M. Ha, ni kita nak perbetulkan, ahli sejarah Thailand pun salah juga bila mereka pesongkan fakta ini dengan menjadikan orang Burma sebagai kambing hitam sebab tak mahu mengaku orang Thai pun terlibat dalam kejatuhan kerajaan tamadun lama iaitu Angkor. Angkor pun boleh dikatakan sebagai kerajaan kepada orang Thai juga sebab orang Thai dah bercampur dengan orang Khom-Khmer. Orang Khmer sudah ada dalam Thailand dan kawasan-kawasan lain di Tanah Besar Asia Tenggara sejak 2000 tahun yang lalu, Thailand hanya wujud sejak 100 tahun yang lalu. Kalau anda melawat Thailand, jangan lupa lawati kuil-kuil di sana. Anda akan dapati sami-sami Thai ada pagoda Khmer yang melindungi penganut agama Buddha Thai. Nanti kita cari lain mengenai kawasan di selatan Thailand pula, nak letak semua dalam satu rencana boleh makan masa berhari-hari, dak pon keliru pula jadinya.

0 Response to "Kerajaan Sukhothai dan bezanya dengan Kerajaan Chakri"

Posting Komentar